Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;
"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."
Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,
Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,
"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah,
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)
Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,
Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,
Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,
"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."
khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"
Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.
Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.
Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,
"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)
dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,
Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,
Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”
Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.
Blog ini dibuat untuk menceritakan kisah-kisah yang terjadi pada diriku sepanjang kehidupanku supaya ia akan tetap menjadi kenangan pada diriku
Thursday, April 8, 2010
Tuesday, April 6, 2010
GELAK JAP..HEHE
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.” Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…
Monday, March 22, 2010
Satu kisah yang aku ambik kat facebook...Bacalah..
Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan..... .
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
17 tahun dulu.
PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.
"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"
soal saya.
Amid menundukkan kepala dan membisu.
Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.
"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,"
jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.
Saya tersentak mendengar jawapan Amid.
"isshhh. betul ke budak ni?
Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,"
hati saya berkata kata.
"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?"
pujuk saya lagi.
Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.
"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,"
katanya separuh merayu.
Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.
"Betul ke ni?"
soal saya masih tidak percaya.
"Betul,"
balas Amid pula tanpa ragu ragu.
"Suka hati adiklah,"
kata saya selepas lama termenung.
Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.
Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.
Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.
Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.
Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.
Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.
Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.
Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.
Katanya,
biarlah dia tinggal bersama emak.
"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?
Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"
"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.
Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL.
Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,"
kata Amid kepada saya.
Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.
Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.
Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.
Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.
Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.
Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.
Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.
Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.
Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.
"Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"
Amid akan bertanya pada emak.
Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.
Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.
Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,
ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.
Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.
Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.
Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.
Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.
Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.
Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.
Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.
Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah
untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.
Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.
Katanya pada saya,
buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.
Khamis 7 Oktober 2004
AJAL dan maut di tangan Tuhan.
Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.
Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.
Amid meninggal dipanah petir.
Ceritanya begini.
Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.
Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.
Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.
Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.
Tiba-Tiba.
prangggggg. tuuuuummmmt!
Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.
Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.
Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.
Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,
"Ya Allah. anak aku!"
Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.
Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.
Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.
Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.
Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.
Sampai di sana...
"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"
jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.
Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.
Cerita Mek kepada saya.
ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.
Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.
Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.
Cerita Mek,
mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.
Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.
cerita Mek kepada kami lagi.
Pagi Jumaat 8 Oktober 2004
PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.
Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.
Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.
Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.
Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.
Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.
tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.
Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.
Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.
Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.
Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.
Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.
Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.
Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.
Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.
Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.
Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.
Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.
Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,
tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.
Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan sikap Amid.
Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.
Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".
- Surah Luqman ayat 14.

Saturday, March 20, 2010
Renovation!!!!
Salam readers2 ku..,kalau korang perasan..,layout aku kini telah berubah segala-galanya.. Credit to eddy sebab tolong aku mengubah dan merenovate blog aku ni supaya nampak lain..
Em...,sekian post aku yang pendek buat masa sekarang..Nak bagitau aku renovate je....kalau ade komen..,sila la komen...komen yang membina digalakkan k...hehe..Till me surf dis blog...Salam..!!!!
Once I care..,I really meant it..,Once I don't..,go to hell ar..
apa itu batas??
Korang tau x batas tu pe?? kalu korang kate " ala..,batas nak tanam sayor kan"...klu tu ar jwpn korang..,sila hentak kepala korang kat dinding sebelum anda meneruskan bacaan kat cni...wahahaha...jahat gile ak ni..mesti org xnak bca blog ak lg ni...haha
Batas tu bagi aku ler.,xtau la bg org len...batas tu kita yang menentukan..kalau tamau orang lain melampaui batas..,jangan lepas batas orang tu..kena ingat la bro..,adanya KONSEP PEMBALASAN...pernah dengar tak??? kalau x pnah dengar..,meh..,aku bgtau....konsep ni xla sekompleks konsep fizik e=mc2..,tp die akan lbey kompleks dr konsep fizik seperti yang disebutkan itu kalau batas tu dilangkaui...so..,kalau rase tak tahan kena ngan orang len..,jangan kenakan orang lain...PAHAM!!!!!..
Sape nak terasa..,terasa la..,aku peduli ape...sape yang tak terase..,ambik sebagai pengajaran je ape yang ak tulih ni..,jangan jadi kat diri korang dan diri orang lain...kita memang tak mau perpecahan..,pergaduhan..,tapi kalau buat aku rasa HINA!!! ,,,pa kes??? aku tak pernah buat orang rase terhina...aku rase le..kalau ade..,mmg ak trus minta maaf....sebab tu aku panas ati je....
Agak2 ar..,nak marah pun..,i'm fine je kalu orang nak marah pun....,mcm aku peduli je..,tapi kalu orang buat aku rase HINA!!!..memang hell la orang tu..,ko nak declare war ngan aku..,sori ar..ak boley wat ko rase HINA 10 kali lagi teruk..dan jangan sampai aku wat camtu...,sebab skali aku buat camtu..,xde patah balik dah sbb skali aku benci die..,aku akan benci selamanya...kawan tak kawan...sebab tu aku cuba untuk tak membenci orang....
Bagi aku.,HINA tu dah melibatkan maruah....,sebab aku pun seorang lelaki dan manusia yang punya ego dan maruah..kalau ego tu mungkin aku boley rendahkan lagi..,tapi kalau maruah aku dipijak-pijak..,korang yang NAK pijak tu wait je...
mungkin ade yang x paham knape post aku kali ni dalam nada marah je..sbbnya..,hanya orang yang aku selesa je tau..,aku lebih selesa camtu....biar aku x heboh pun..
oh ya..,to zatie...,kalu awak baca post ni...,sistem barter kite akan jalan kalau awak men metal slug..,saye akn men pet society k.......hahaha
K ar..,tu je post aku utk kali ni...till me meet u again my blog...hahaha...salam....
Tuesday, March 16, 2010
Al-Kisah
alkisah..,maka tersebutlah kisah...,ish3..,ape aku ngarut pagi2 ni..alhamdulillah.,hari ni aku berjaya bangun pagi dengan sangat awal walaupun tido kol 1 pagi..,ni suma gara-gara mass balance yang nak test dah arini...akmal2..,ape nak jadi...arini test..,arini baru nak study..trok nnt frust menonggeng..haila...*sigh*
Ak x tau nak tulih pa dah kat cni..,sebab aku bukan jenis orang yang suka meluahkan perasaan melalui ape2 jenis tingkahlaku @ tulisan..aku lebih rela simpan kat diri aku sendiri tanpa meluahkan kat orang lain....sebab tu..,untuk orang yang rasa die kenal aku sesangat..,sori my friend..."YOU KNOW ME A LITTLE AND DON'T MAKE A FUSS ABOUT IT"...tu bukan ayat marah..,tapi ayat yang saje2 mengingatkan....spe yang makan cili..die rase pedasnya...
Final ade la lagi berapa minggu..,diingatkan berapa MINGGU bukan berapa BULAN..,so..,better be prepare for the final very quickly..hooooyeah...!!!
dah ar...,aku nak chow lu..,nak tido lak..,nak revive balik msa tdo aku yang digunakan utk study..,till internet meet me and you again..,so long and shall we apart??? =)
Thursday, March 11, 2010
TITAS DAH ABEH...!!!!!
alhamdulillah..,dua subjek yang kena amek sem ni dah abeh pun arini..Titas ngan Ko-q aku...
tapi kan,memang aku akan rindu la nak blaja titas ni sebab ustaz yang conduct kelas ni memang best...teringat balik aku zaman sekolah aku kat smkab tu..hehehe....walaupun dalam kelas die..,memang kena tahan telinga kena perli..,tapi tu adalah salah satu cara nasihat orang tua....Lagipun..,bila aku masok kelas..,tu la masanya aku nak ingat balik pelajaran yang aku blajar waktu zaman aku masih muda belia remaja lagi..hehe....
Lagipun..,waktu TITAS ni la..,waktu nak free my mind bila gelak sambil blaja..,Blaja tu pun..,bukan setakat silibus yang dalam buku..,tapi silibus yang nak apply bila kita dah start hidup kite at a whole new level...Bak kate Hlovate dalam novel die...," Live well or live hell, we choose"..erk!! ape kaitannya ngan ape yang ak nak tulih ni sebenarnya.....ntah ar..,aku rase xde kaitan pun..,sje je nak letak....hahaha....
Huh..,sebut pasal Hlovate ni..,ak tengah menunggu buku die yang the latest one nih....,bulan 4 kat kedai buku, tapi kat pesta buku kat kl dah ade buku die....dah 4 bulan aku tunggu buku die yang latest ni...,tajuk die "VERSUS"...can't wait to read it..,memang gempak siot....
Minggu ni gak dah abeh test thermodynamics ngan math kejut...,memang terKEJUT la aku tengok soalan die...,apasal soalan taun ni gila punya berbelit...tension ak....soalan past year..,memang straight forward la...adoyai..,camna aku nak dapat dekan sem ni...ish3.....dah la result material engineering aku gila punya rendah....sampai lecturer tu siap kate kitorang yang markah rendah ni samaada tak belajar atau tak paham yang die ajar....adoyai..,sedih gile aku dengar penyataan die tu..time tu..,aku rase down giler...rase aku ni bodoh yang tersangat-sangat....aku rse nak putus asa je ngan material engineering ni..,tapi kawan2 aku kate..,"jangan putus asa lagi..,sebab final ade lagi....jangan repeat subjek sebab benda ni je"..lalu..,aku pon amek langkah trus mmaju kehadapan @ translate masok bahasa omputih die..,keep moving forward bak kate crite kartun "MEET THE ROBINSON"..
K ar..,aku nak out dulu..,nak sambong aktiviti aku petang ni iaiti TIDO!!!..aku nak qadha tido la ni..,sebab nak siapkan assignment TITAS yang terakhir...pastu..,pergi tengok man united main champions league lak kat kafe fakulti kejuruteraan elektrik....Okie...,aku nak chow...,till me surfing this blog again..hahaha =)
Sunday, March 7, 2010
burung hantu ????
salam ol of you....
hari ni..,nak cite plak psal diri aku yang tak tido malam bila tiba je weekend....tapi aktiviti ni baru je start minggu ni..,dan rsenye..,ak nak kekalkan la camni kalau xde aral melintang.....jadi burung hantu ni besh gak...
Walaupon ak sorang je tak tido..,tapi tu ar advantage ak..,xde orang bising..,alam terasa aku punya..,rasa aku nak jerit je bagi puas hati..,tapi kalau aku jerit..,memang best la aku kena jerit balik ngan orang len..hahaha
Minggu yang tension akan datang balik esok..,dan aku harap minggu ni tak tension seperti sebelumnya.....Minggu lepas..,memang tension aku jadinya..,tu la sampai post ayat2 yang memang " baek " punye...well..,ni kan blog..,aku nak lepas perasaan je..,bukan niat aku nak tulih perkataan yang memang x sedap didengar..,dikata dan dimakan..,kalau boleh dimakan la..hahaha xD
Ok ar...,aku nak tido lak..,stat tido kol 7 lebih..,memang bangun nanti pun..,12 lebey kot..,xpe.,aku dah suboh pun ..,kepada sape x suboh g..,sila la suboh skang..pesanan penaja..hehe..=)
K ar..,aku nak tido lu...,till me wrote this blog again..,hehe..SALAM..
Wednesday, March 3, 2010
minggu yang f*****g untuk ak
aaahhhhhhhh..,hari ni aku sangat frust dan tension yang menyebabkan aku rasa nak hentak kepala aku kat dinding bilik sampai berdarah..,pastu pengsan..,pastu masuk hospital..,tapi janji aku puas hati....
dah la aku punya test macam c_b*i lg..,tambah masalah demi masalah..,test demi test...rasanya aku nak off dari utm ni untuk seminggu dah cukup...,ak nak cari tempt yang damai bagi aku..,nak cari tempat yg boleh menghuraikan segala masalah dalam kepala aku..,cari tempat untuk menghuraikan keserabutan aku ni..,memang aku perlukan masa dan tempat yang betul...Ya ALLAH..,tolong aku....aku dah rasa terl;alu berat kepala ni..huh...
Kalau ikot aku...,aku nak balik sarawak skang ni...,dah off kat c2 lbey kurang 1 minggu..,sorang2 @ dengan family ak....kalau xpun..,aku nak g air terjun lambir..,nak khemah kat c2 lbey kkurang dua malam..,nak cari keadaan yang damai..aku perlu kan nature ak ni......
WAAAAAAAAAAARGGGGGGGGHHH!!!!!!!!!!!!
Friday, February 19, 2010
Kempen malam-malam
wohoooo..,aku still ade mase lg nak berblog walaupon nak test mass b dah ari selasa ney..ish33.. cmon wake up mal..,camna nak jadi engineer berjaya ni klu asek men2 ja ni..ish33...
xtiviti ni kitorang satu skb yang buat dengan kerjasama pihak lelaki dan pihak perempuan..wah..,cam nak buat pinangan anak orang lak aku wat ayat ni....heh..
Bbq ni diuruskan sepenuhnya oleh aizat..,aidil and sarah..( kredit to you all ) yang dirancang lepas habes first test kitorang..hoooyeeaaahhhh!!!..excited aku bila habes test ni..,tapi cuak ar nak tunggu result die..huhu..
Kitorang termasuk aku ni dikira sebagai ajk tambahan la..,yang mana kitorang tugasnye bakar dan makan..itulah slogan aku untuk malam tu..PANGGANG & MAKAN..wahaha...
dengan berbekalkan 90 ketul ayam dan berbungkus-bungkus sosej..,serta arang2 yang banyak..,kitorang memulakan kempen MARI MEMANGGANG AYAM DAN SOSEJ untuk dijadikan pelapik perut yang lapar..hehe
Kempen ni berlangsung selama 3 jam lbey kurang la..aku bukannya pencatat masa untuk kempen ni pon..dengan kejayaan kempen ni adalah 96% yang mana ada satu trip ayam yang hampir hangus tapi telah menjadi rangup hasil kerja beberapa orang yang tak kawal api..ish3..naseb la ada orang yang tau nk wat camna..,klu x..,abeh la ayam itu...haha..
Lepas abisnya..,kempen tu..,kitorang memulakan aktiviti makan dengan riangnya sebab aku tau.,aktiviti ni la paling orang tunggu..smpi aku bley dengar bunyi prut orang tengah nyanyi lagu rock..huhuhu..jangan marah ha wahai kawan-kawanku yang terase..huhu..
lpas tu..,kitorang ada aktiviti cabutan bertuah..,aku tak excited pun tunggu aktiviti ni sebab aku tahu..,mmg aku takkan dapat punye..,aku dalam aktiviti ni mmg cukup allergic dari kecik smpi la aku dah besar panjang...haha..
Cakap pasal panjang ni..,teringat aku waktu pergi kat kl sem 1 aritu waktu bulan puasa..crita die..,aku pergi ngan helmi kat bazar ramadan..,pastu terdengar la ayat yang memang lawak dari sorang bangla yang tengah jual roti john..." dua empat ringgit,,panjang-panjang"..,apa lg..,gelak tros la kitorang kat c2..wakakaka..,memang takkan aku lupa peristiwa tu..,tapi..,last2 aku bli gak roti tu kat orang lain la..,bukan kat bangla tu..huhu
okey..,berbalik kat bbq owh bbq ni..,mmang btol aku x dpt pun..huhu..,,tp lpas abes bbq tu..,aku dapat makanan lebih yang sangat banyak sebab ade yang ambik cket...Mmg ar..,klu mkn ngan pompuan ni..,mmg kena masak cket lg..,sbb dorang ni makan cket je..kitorang budak laki je yang makan banyak..wahahaha
lpas abeh sesi mengagihkan makanan yang lbey tu kat aku..,kitorang pun bersurai ke hostel masing2 sebab esok dah nak start kuliah balik..adoyai...
akhir kata aku buat kali ni..,aktiviti ni agak berjaya la bagi aku..,walaupun aku agak terkilan sebab daripada 10 budak cina ..,hanya sorang je yang datang..aku mmg kna cari jalan untuk menyelesaikan masalah ni..
p/s: gambar nanti jap..,blum dapat dari sumber2 yang boley dipercayai..
Camp ko-q orienteering yang menyeronokkan..
Tanggal 30 Januari 2010..,aku bersama geng2 orienteering ke Hutan Rekreasi UTM dekat2 ngan kolej PALAPES...So..,kitorang kat c2 ade camp..,buakn nak bercanda-ria @ bersuka-suki je..,kitorang ada test orienteering + navigate peta + nightwalk kat hutan..wahahaha..
So..,test orienteering tu start kol 3 30 petang kot kalau aku x silap la..Kitorang dah sampai situ lbey kurang kol 320 petang dah..Pukul 340 kitorang boleh start wat dah test tu..Tapi ada surprise waktu ni..
Seminggu sebelom kitorang start test ni..,kitorang dibagi satu kertas yang ada soalan skali ngan jawapan..kitorang punye lect yang conduct klas kitorang bagitau ' korang ambik kertas tu sorang satu,, dalam tu dah ada soalan ngan jawapan. Kerja korang ialah hafal jawapan die sebab soalan yang ada kat dalam tu comform kluar...DAPAT TAK DAPAT??' hahaha..,memang lawak tol..mana pernah aku jumpa test yang cikgu tu sendiri bagi jawapan kepada soalan yang comform kluar..memang satu experience yang aku takkan lupa sampai bila2..knapa la test2 laen untuk subjek lain x wat camni..,kan senang idop aku nanti..hehehe
okeh..,surprise die waktu test ni..,ada budak mana ntah try nak tiru..,pastu kantoi ngan lecturer gak..Tp lecturer tu siap ambik kertas jawapan tu..,pastu letak atas meja pastu siap suruh tengok lg..wahahaha..,memang satu condition yang tak pernah aku bayang..haha..lawak giler time tu....Kitorang pun jadi semangat la nak wat test ni sebab kitorang dah tau dah comform 4.0 punye untuk koq sem ni..
pastu kitorang ada kudapan sikit and solat ,, pastu ada navigate peta yang mana kitorang kena pergi satu point yang dibagi dalam peta..lecturer tu suruh pergi kat point tu..Tapi disebabkan team kitorang..,sorang pun tak tumpu perhatian..,jadi sorang pun tak tau baca peta..aku pulak..,nama je jadi pelatih plkn..,tapi aku pon dah lupa..hahaha..lupa ingatan tol la aku ni..hehe..lecturer tu ngan senang atinye bagi la tempat yg sepatutnya kitorang pgi tpi dia siap bagi shortcut lg..mmg senang kerja kitorang haritu..haha
abes je aktiviti tu..,kitorang berehat jap..,pastu aktiviti rutin and the last activity yang juga aktivity yang mmg aku tunggu...NIGHTWALK..
waktu aktiviti ni..,kitorang kena lepas dalam hutan ikut tal;i yang disediakan..tapi xkan lepas camtu je kan,,,dorang nni ngan geng2 palapes dah letak dugaan yang seberapa bagai macam hantu pocong..,pontianak dan macam2 lagi..siot tol..,dah ar geng aku start masok kol 1230 tengah malam..,kawan aku yang dua orang lg tu mmg sekian terima kasih je la...dah lari bilik pon..hampeh tol dorang tu..
abes je aktiviti tu..,kitorang masok tido ..tp aku x..aku pgi kat depan surau..,pastu terjumpa satu geng tengah meratah karipap..,apa lagi..,aku pun join la geng ni..,pastu trus masok tido..
esoknya..,kitorang ada aktiviti poco-poco..nasib la aku dah blaja tarian ni waktu plkn dulu..
aku pun dengan lancar menari ...haha tp bile die dah masok stail baru..,mmg pnin kpala la aku ni..haha..
ok ar..papepon mmg best tol camp tu..len kali aku nak ikot pengakap lak la..mcm best je kwn aku kate..hehe..
akher kate..,majulah akmal demi masa depan..amin..
sori...
Assalamualaikum dan selamat pagi buat surfer2 yg dah aktif pagi2 ni..
kelmarin ak ade post satu post psl event aku tu..,tp aku padam balik sebab ayat die terlalu panjang dan aku rasa sangat mengarut walaupon aku yang baca die..so..,aku rasa sangat menyampah..Lalu aku buang die dari blog aku..So..,aku nak tulis baru la lepas ni...check out my new post k..
Thursday, February 18, 2010
Assalamualaikum to all my follower..,( walaupon ade due je..,saje nk wat gempak..) haha
Coretan....
Fuh..,lame giler x update blog ak ni...,sebulan jgk la..,bkn ape..,xde mase je nk update ni..hehe..,bnyk gle test ngan event jd..,so, alang2 aku dah update ni..,aku update suma event yg jadi kat aku ni satu persatu.,keep on reading kay..gambar tu aku akan masokkan lepas ni..
Friday, January 15, 2010
Selamat Tinggal 2009..,Selamat Datang 2010
Ak mulakan tulisan ak ngan salam ukhuwah yang terjalin di antara kita sesama manusia walaupon kite berbeza agama dan bangsa..,namun selagi berdiri di atas nama satu spesies manusia..,kita masih buat kesilapan...namun aku mengecualikan ISRAEL daripada golongan manusia kerana bagi aku..,mereka sudah ditakrifkan sebagai rendah darjatnya daripada manusia...
Ak rse mungkin dah terlambat utk ak mengucapkan selamat tahun baru..,hehehe dah setengah bulan januari pon ..,br ingat nk update blog taun baru ak ni..hehehe ....muda2 pon dah lupe kan...
Klu ak imbas balek kisah 2009 ak..,banyak suka-duka,,pahit manis yang ak tempuhi..,setiap satunye menjadi kenangan yang terindah @ kenangan yanng pahit pada diri ku..Bak kata pujangga terkenal yang ak x tau nmenye wlupon terkenal..,( hehehe ) pengalaman itu adalah sebaik-baik guru di dalam hidop kite ni...gain as many experience you can..,believe me..,it will be very useful to us...hehehe.....

Subscribe to:
Posts (Atom)